Home
About Us
IT Projects
Download
Screen Shots
Training & Courses
Publications
List of References
Clients
Personal Collection of Quotations
House of Thinking & Imagination

FAQ
Feedbacks


Search

Soalan Lazim / FAQ        Disenaraikan soalan dan jawapan kepada masalah yang selalu dihadapi dalam organisasi. Saudara boleh mengemukankan soalan baru bagi mendapat jawapan jika tiada yang tersenarai di sini.

  • Apakah yang dimaksudkan Pemikiran Kreatif? : admin
    • Ialah satu cara berfikir yang bersifat konstruktif, luas dan orang yang memilikinya berupaya melihat setiap sesuatu yang baru dalam hidup, yang tidak boleh dilihat oleh orang lain yang tidak kreatif;

    • Keupayaan berfikir dalam perspektif yang luas, berupaya menjana idea dan merealisasikan idea tersebut;

    • Keupayaan membuat hubungkait antara imaginasi dan kemungkinan, dan menghasilkan sesuatu yang bermakna;

    • Keupayaan memahami sesuatu yang kompleks dan menjelaskannya dalam makna yang mudah difahami kepada orang lain;

    • Keupayaan berfikir yang dapat memberi makna baru dan mengenalpasti fungsi baru, sesuatu benda atau perkara;

    • Keupayaan berfikir yang dapat mencari cara baru melakukan sesuatu atau cara baru menyelesaikan masalah.

      Untuk mendapatkan cara meningkatkan kemahiran kreatif anda, sila ikuti Bengkel Kemahiran Berfikir: Pemikiran Kreatif yang kami tawarkan. Sila lihat brosur berkenaan.

  • Adakah dengan mengikuti kursus, kita boleh mempertingkatkan keupayaan berfikir? :
      Semua bentuk kursus atau bengkel yang anda hadiri memberi anda maklumat mengenai sesuatu perkara. Penambahbaikan hanya akan berlaku sekiranya ilmu yang anda miliki dipraktikkan secara berterusan. Setelah menghadiri kursus, maklumat yang anda dapatkan hendaklah diusahakan untuk difahami, dihayati, disuaikan untuk dilaksana dan dipraktikkan. Pelaksanaan berterusan akan menghasilkan manfaat yang anda inginkan. Ini ialah Knowledge Management System dalam bentuk yang mudah ataupun pelaksanaan Ilmu dan Amal sebagaimana yang digalakkan oleh Islam.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan berfikir secara Parallel? :
      Berfikir secara parallel ialah satu kaedah yang membebaskan individu dari mode argumentatif, iaitu kaedah mencari kebenaran di dalam setiap sesuatu dan mendapatkan satu sahaja yang paling tepat antara yang banyak. Kaedah parallel menggalakkan pihak-pihak melihat kesemua idea melalui perspektif yang sama dan bekerjasama membincangkan bagaimana untuk bergerak ke hadapan bagi mencapai objektif yang telah dikenal pasti.

      Sekiranya kita lihat keliling, kita akan sedar bahawa dalam keluarga, organisasi atau masyarakat, kita amat berpegang kuat kepada mode argumentatif ini. Akibatnya kita mengambil masa yang panjang untuk berbincang dan berbincang, kadang kala tidak membawa kepada sebarang kemajuan, sedangkan masalah semakin serius. Ataupun apa yang berlaku ialah idea atau argumen dari pihak yang ada autoriti sahaja yang terpakai, sedangkan kadang kala ada argumen dari pihak lain yang lebih baik tetapi diketepikan kerana kita hanya mahukan satu dari yang banyak.

      Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai parallel thinking, sila ikuti Kursus Six Thinking Hats yang kami tawarkan. Sila lihat brosur berkenaan.

  • Apakah dia Six Thinking Hats? :
      Six Thinking Hats ialah satu kaedah parallel thinking, yang dikaryakan oleh Dr Edward de Bono. Ia memberi kaedah berfikir secara fokus iaitu dengan menggunakan hanya satu mode berfikir pada satu masa tertentu. Setiap satu mode berfikir diwakili oleh setiap satu warna topi dalam enam topi berfikir. Terdapat enam mode berfikir yang diwakili oleh topi-topi (imaginasi) putih, merah, kuning, hitam, hijau dan biru.

      Untuk mendapatkan faedah daripada kaedah ini, anda dipelawa untuk mengikuti kursus Six Thinking Hats yang kami tawarkan. Sila lihat brosur berkenaan.

  • Kenapa kita perlu Berfikir Di Luar Kotak? :
      Pakar-pakar berfikir menyatakan bahawa semasa kita berfikir, minda kita berfungsi dengan mengenal pasti corak-corak dan framework yang terbentuk dan terpupuk sekian lama di dalam minda. Pengalaman, dan pembelajaran melalui hidup memberi corak dan framework, yang kemudiannya memberi kita norma, cara, nilai, dan sempadan semasa kita bertindak. Sempadan ini memberi kita keselesaan, dan konsistensi perlakuan kita.

      Bertindak di dalam persekitaran yang sama iaitu di mana corak dan framework ini terbentuk, tidak mendatangkan masalah. Namun realitinya, persekitaran kita sentiasa berubah dan dinamik, maka dalam keadaan begini perlakuan biasa tidak lagi membantu malah membawa masalah kerana tidak lagi sesuai. Pada masa inilah kita diperlukan mengubah cara tindakan khususnya cara berfikir. Cara berfikir yang dimaksudkan ialah yang terkeluar dari corak dan framework sedia ada. Kita sewajarnya boleh berfikir di luar kotak corak dan framework asal.

      Isunya di sini bagaimanakah caranya berfikir di luar kotak sebagaimana yang digagaskan oleh pemimpin-pemimpin negara. Sekiranya anda berminat, silalah hadirkan diri di dalam Bengkel Berfikir Di Luar Kotak yang kami tawarkan. Sila lihat brosur berkenaan.

  • <<< Beginn << Previous  1  2 
    6 Records Found

    Copyright © Menara Technology & Training 2004-2005.  All rights reserved.

    Powered by Mac OS X Server