Home
About Us
IT Projects
Download
Screen Shots
Training & Courses
Publications
List of References
Clients
Personal Collection of Quotations
House of Thinking & Imagination

FAQ
Feedbacks


Search

Tips of life from Maimunah


Kunci Kepada Kejayaan (dunia dan akhirat)

Kenal pasti matlamat hidup anda
Matlamat peribadi = matlamat keluarga = matlamat sebagai hamba Allah.

Kukuhkan komitmen anda
Berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat. Rancang dan usahakan selagi halal bagi mendapat rahmat Allah.

Fokus dan mulakan sekarang
Pupuk keupayaan memberi fokus kepada usaha yang sedang dibuat. Lakukan walau sekecil mana langkah, kerana setiap satu memberi makna dan menyokong kepada pencapaian matlamat.

Pertingkatkan kualiti ciri peribadi
Hidup dengan jujur (= tidak menipu untuk mendapat sesuatu), amanah (= memenuhi janji, menjalankan tanggungjawab sebagai ibu/bapa, saudara seIslam, tidak mengambil hak orang lain), ikhlas (hendakkan keredzaan Allah), berdisiplin (= konsisiten dan tidak mudah berputus asa), adil (= tidak menggunakan kuasa dan pengaruh untuk kepentingan peribadi).

Sentiasa positif
Pujuk dan bercakap dengan diri sendiri supaya sentiasa saja positif walau bagaimana keadaan sekalipun. Minda yang positif penting untuk memulakan hari dan usaha.

Sentiasa fleksible
Berubah cara atau strategi dan melakukan sedikit pengorbanan apabila perlu untuk membantu pencapaian matlamat.

Sentiasa berpegang kepada tali Allah
Tidak ada sesuatu yang lebih baik melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Percaya bahawa setiap sesuatu itu ada muslihatnya walaupun tidak kelihatan. Sentiasa berhubung dengan Allah untuk mendapatkan ketenangan, petunjuk, kekuatan dan kejayaan.

Pastikan ada keseimbangan dalam hidup
Jaga kesihatan rohani, jaga kesihatan minda, jaga kesihatan badan.

Raikan kejayaan kecil peribadi, keluarga
Apa yang menggembirakan bagi orang yang telah berusaha bersungguh ialah meraikan kejayaan walau sekecil mana sekalipun.

Tingkatkan Ilmu dan Praktikkan
Mulakan dengan membaca melalui bacaan, membaca melalui pemerhatian, membaca melalui pendengaran, membaca melalui pengalaman, melalui penerokaan, melalui maklumbalas, melalui imaginasi, gerak hati dan emosi; dan sempurnakan dengan mempraktikkan pembelajaran yang baik daripadanya. Ilmu dan Amal, Ilmu, Berfikir dan Amal ialah satu kitaran lengkap Knowlegde Management Sysytem.

Maimunah Osman
26 Januari 2005
Jam 1.00 tengah hari





Copyright © Menara Technology & Training 2004-2005.  All rights reserved.

Powered by Mac OS X Server