Home
About Us
IT Projects
Download
Screen Shots
Training & Courses
Publications
List of References
Clients
Personal Collection of Quotations
House of Thinking & Imagination

FAQ
Feedbacks


Search

Bengkel Kemahiran Berfikir

download brosur dalam pdf

Knowledge (Ilmu) adalah nucleus kepada kemajuan ke arah Knowledge-based Economy. Mendapatkan ilmu (Knowledge Acquisition) tidak banyak membawa peluang penambahbaikan, perubahan dan seterusnya kemajuan, sekiranya tidak dibersekalikan dengan keupayaan berfikir bagi menggunakan ilmu yang telah diperolehi. Pernyataan Lihat dan Berfikir, Ilmu dan Amal, Maklumat dan Berfikir menterjemahkannya, menekankan kepentingan keupayaan berfikir manusia.

Seorang yang mahir berfikir berupaya melihat satu situasi secara holistik dan dalam masa yang sama berupaya melihat hubunbgkait mudah dan kompleks antara elemen-elemen di dalam situasi tersebut. Analisis situasi yang baik akan memudahkan proses penyelesaian masalah dan seterusnya proses membuat keputusan.

Individu yang mahir berfikir juga berupaya menilai argumen dengan objektif dan menghasilkan cadangan yang konstruktif. Ia berfikiran terbuka dan sentiasa melihat satu sitruasi dengan penuh kemungkinan.

Keupayaan berfikir adalah aset kritikal manusia, yang dianugerahkan hanya kepada manusia dan boleh dipelajari serta dipupuk. Kebanyakan organisasi besar di Barat berjaya mengatasi masalah dalam organisasi melalui potensi warga sendiri, iaitu dengan mewujudkan iklim komunikasi yang baik, di mana setiap warga (Knowledge-workers) diberi peluang menggunakan keupayaan berfikir melalui pelaksanaan cadangan, idea-idea baru, dan maklumat yang mereka miliki.

Keupayaan berfikir bukanlah sesuatu yang baru kepada semua manusia. Kita lakukannya di setiap waktu malah kadangkala tidak sedar melakukannya. Hakikat ini tidak patut menjadi sebab dan alasan untuk kita tidak mengendahkan (atau mungkin memperlekehkan) keperluan kita belajar untuk memahirkan lagi kemahiran berfikir kita.

Melalui proses pembelajaran yang dilalui oleh individu, kemahiran berfikir kerapkali seolah-olah diketepikan. Akibatnya kita lihat hari ini masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh masalah asas berfikir itu sendiri. Contohnya kegagalan kita melihat masalah dengan perspektif luas sehingga menghadkan langkah penyelesaian itu sendiri.

Bengkel ini memberi peserta rangka konsep berfikir yang boleh digunakan bagi mempertingkatkan keupayaan berfikir semula jadi individu.

Tarikh dan Tempoh Bengkel

3 hari dan tarikh ditetapkan oleh organisasi.

Objektif Bengkel

? Memahami rangka konsep kemahiran berfikir;
? Memahami rangka konsep kemahiran analitikal;
? Memahami rangka konsep kemahiran kritikal; dan
? Memahami rangka konsep kemahiran kreatif.
Matlamat Bengkel

? Membantu memupuk keupayaan berfikir secara holistik;
? Membantu memupuk keupayaan analisis situasi;
? Membantu memupuk keupayaan menyelesaikan masalah;
? Membantu keupayaan membuat keputusan;
? Membantu memupuk keupayaan melihat kelemahan dalam situasi dan memperbaiki secara konstruktif;
? Membantu memupuk keupayaan menjana idea;
? Membantu keupayaan berfikir di luar paradigma apabila diperlukan;
? Membantu keupayaan berfikir secara lebih fokus; dan
? Membantu memupuk sikap positif sebagai individu & pengurus.

Kumpulan Sasaran

? Kumpulan Pengurusan dan Profesional (MESTI amat berminat dengan subjek Kemahiran Berfikir); dan
? Pegawai dalam Kumpulan lain (MESTI amat berminat dengan subjek Kemahiran Berfikir).






Copyright © Menara Technology & Training 2004-2005.  All rights reserved.

Powered by Mac OS X Server